Saturday, April 30, 2016

Cik Noor dan diet atkinnya

Start buat diet atkin dalam penghujung bulan Februari. Tapi kami tak buat 100% ikut rule dia hehee. Seminggu sekali ada la cheat day (mostly hari sabtu) tapi nasi memang kami tak sentuh langsung.
Senarai benda yang kami dah makan time cheat day..setakat nie..selain benda yang senarai kat bawah memang kami makan makanan yang halal atkin saja.

1)bihun/koay teow tomyam
2) Bakso
3) Nescafe 0 ais, Nescafe ais, Sirap limau
4) Burger king
4) Kek secret recipie
5) Mee goreng sotong hameed pata (taip sambil meleleh ayaq lioq hehehe..ni makan sekali saja..awak saia tak kuad))
6) Koay teow hailam/kung fu
7) Bihun sup
8) Chicken Chop


Ni kami punya weight monitor spreadsheet. Tengok dah 69 hari tak sentuh nasi..hehehe.
Start turun banyak lepas tu cuma turun purata 1 kg seminggu.Ada 13 kg lagi untuk capai berat target.



Breakfast selalu ambik telur ayam kalau lunch ngan dinner ambik ayam @ikan@daging ngan sayoq sikit.
Untuk boost metabolisma kami minum green tea (BOH @lipton@ Dilmah) dan untuk elak sembelit minum kinohimitsu detox tea yang perisa peppermint.
Supplement macam multivitamin (provite) ada ambik gak untuk tambah vitamin dalam badan.
Workout sikit2 ikut mood hehehe..buat dalam rumah ja ikut video kat youtube. Mostly video dari channel fitness blender. Berpeluh2 baq hang.
Puasa kalau tak period seminggu sehari..sambil ganti puasa hehehe..
Untuk menaikkan lagi semangat nak diet..kami join group diet atkin dekat fb. Kat situ boleh tengok post orang yang dah berjaya kurus pakai diet atkin. Boleh jadikan sumber inspirasi.


Result dia memang memberangsangkan. Boleh dah pakai baju lama2.
La ni BMI dah normal. Pau kat pipi ada kecut sikit.
Tapi berat yang kami target masih tak dapat lagi..sebab ada cheat kot hehehe.
Target 50 kg. before hari raya nie..Cik Noor nak pakai kebaya raya nie..
Chaiyok2 Cik Noor akan teruskan perjuangan ni.


Cik Noor Time Bam-Bam,,yang pakai biru hujung sekali

Pipi pau dah tak dak..


Nak kurus..nak kurus..sambil tokak brokoli..k ..bye.

Wednesday, April 27, 2016

Kisah hidup cik lemak dalam badan Cik Noor

Kerja dalam opis environment yang hanya memerlukan kami hanya untuk bergerak ke toilet, pergi bilik meeting dan lunch telah berjaya mengumpul berdozen lemak dalam badan kami.Total berat kami lepas lebih kurang setahun kerja is 75 kg..ok pengsan jap. (of course its overweight already , tinggi kami 160 cm ja). Baju dari saiz M dah jadi L..oh mai

75 kg PAU FACE



Bukan tak da kesesedaran diri, masa rasa badan dah start naik ada la try overnight oat time breakfast konon tak mau makan berat-berat time breakfast.Then, bertahan tiga minggu ja sebab dah tak lalu rasa muak,,kami kan orang melayu..gila nak layan oat seumuq hidup.Dan lepas tu kami pun back to normal terus melantak nasi lemak, mee goreng, bihun goreng...tanpa memikirkan masa depan hehehe
Ada gak kami try ayaq detok (peram buah dalam ayaq masak hahaha), tak dak apa-apa efek pun sama ja..berat tak turun pun. Pastu duk terai Detok Sendayu Tinggi, ada la efek perut nipih sikit..tapi badan tetap Bam2 Bom. Bagus  gak la produk ni ,senang dak membuang. Tapi tak kosisten consume lagipun kami dok hentam makan ikut suka hati segala lemak gula..macam mana nak kurus.

Pada suatu hari, kami kena tegoq la dengan mak kawan sekolah lama kami..dia kata gemuk bulat cik noor la ni..anak dia dok kuruih lagu tu ja..OK, hati dan lemak cik noor terguris dan terhiris.huhu..
Time tu kami pi buat medical checkup kat klinik sebab kena bengkak beruk kat muka. So untuk cover kelukaan di hati, kami kata dekat mak kami macam ni, " Memang la nampak gemuk, muka orang kan dok bengkak la ni", huhu dalam hati pedih seperti dituang cuka getah..heart corrosion is happening oh mai

Balik dari klinik tu, kami macam dapat hidayah tuk kurus..hehehe. Lepas tu kami pun try la google semua. Then, kami pun duk start atoq strategi nak musnakan cik lemak, And the journey is begin...muahahaha..

Friday, February 20, 2015

Foundation Kegemaran Yang Terlatest

Saya sebenarnya tak la cerewet tentang foundation asalkan bila pakai tak la nampak bercapuk,selesa dan yang penting tak mengundang cik jerawat kat muka dh la..Untuk light coverage saya selalu guna brand mustika ratu atau sari ayu.ala yang dekat botol tulis alas bedak. Nie saya pakai di kala untuk pergi kerja atau jenjalan di kala juga di mana cik jerawat kurang. Alas bedak nie senang cuci..tapi biasa la benda murah rega tak sampai lima hinggit and beli pun kat mydin .Harusla tak tahan lama di muka dan hilang di angin lalu bila dh pakai lama hehe..





Lagi satu foundation yang murah saya guna ialah krem bedak jenama sari ayu.Yang jenis nie dia tahan lama sikit dari alas bedak yang cecair tu dan coverage dia lebih bagus sbb dia dlm bentuk krim. Dan harga dia dlm rm 12.50 mcm tue dan beli kat mydin gak :P. Dan seperti biasa benda murah x dpt bertahan lama di muka.





BB cream juga saya ada guna jenama maybeline. Saya ambik kaler natural dan coverage dia ok gak..Bila pakai rasa selesa tp bila pakai bb cream maybeline rasa mcm muka jadi gelap huhu..silap pilih kaler kot. Dan bila pakai bb cream maybeline nie bila kena panas rasa mcm cream tue mencair huh..senang lekat kaler cekelet2 bedak kat tudung.





Latest foundation yang di try ialah skin doll sendayu tinggi. Berangan konon bajet jadi muka mcm anak patung gitu lepas pakai benda alah nie :P. Walaupun tak jadi kulit semulus barbie doll, saya rasa foundation nie sgt best bag hang..hehe guna sikit dah leh cover parut jerawat so pakai nipis2 ja tak perlu tempek banyak2. Rega dia dalam rm35 kot x salah (saya beli rega member dlm website ST rega RM 38) Setakat nie pakai ok harga dia tak la mahal sgt so mampu la saya ini seorang pekerja biasa yang bukan bos atau manager..huhu.



btw packaging doll skin nie pun dah tukar sekarang kat atas gambar lama( masa nie guna yang lama) almaklumla..blog berkurun tak hapdet



pic credit to SendayuTinggi.com




Sunday, May 11, 2014

Kuching Aku Datang ( Hari Kelima dan Keenam)

Hari Kelima

Hari nie hari terakhir aku datang UNIMAS lepas nie tak tau la bila lagi nak menjejakan kaki dekat UNIMAS. Pagi2 kami bertolak ke UNIMAS untuk menghantar balik jubah. Tapi macam biasa la dek kerana menunggu giliran untuk hantar jubah dengan sijil yang lama mcm yang dialami waktu nk pinjam jubah hari tue. Sempat la juga kami tiga beranak berphotoshoot seround dua sekitar kawasan unimas sambil jalan dekat tasik UNIMAS.





Habis hantar jubah,kami terus berangkat ke Jong Crocodile farm yang terletak di Serian. Lagipun jarak tempat tersebut tak lah jauh dari UNIMAS( kota samarahan). Jadi cepat juga la kami sampai. Teruja mama dengan abah kat dalam tu dapat tengok mcm2 jenis buaya dan haiwan lain.










 Habis sesi melawat ke taman buaya kami bergegas balik ke Satok untuk membeli Terubuk masin untuk dibawa pulang sebelum pulang ke hotel.Malamnya kami memborong kek lapis Dyg Salhah dan makan makam dekat Restoren Barok di seberang sungai. Sebelum pulang, ke hotel kami mengambil kesempatan berjalan2 sekitar waterfront sambil bergambar untuk kenangan dan menikmati malam terakhir kami di Bumi Kenyalang ini.







Hari Keenam( Last Day)

Flight kami akan berlepas jam 9.00 pagi. Jam 7.30 pagi dah check out dari hotel. Kami hanya breakfast di airport. Selesai urusan penyerahan kereta sewa terus bergegar untuk boarding dalam jam 8.30 pagi. Kami selamat sampai Penang jam 11.00 pagi. Percutian enam hari kami di Kuching amat memorable tapi agak terkilan kerana kami tak sempat pergi melawat banyak lagi tempat menarik dekat Kuching. Banyak masa kami dihabiskan berulang alik ke UNIMAS untuk majlis konvokesyen. Tapi insyaallah kalau ada kesempatan di lain kali bolah la saya dan family datang lagi ke Kuching dan cover tempat2 yang tak sempat kami melawat hari tue..

Kuching aku datang ( Hari Ketiga Dan Keempat)

Hari Ketiga

Saya berkonvo pada sidang terakhir iaitu pada esok hari. Jadi hari Sabtu kami sekeluarga dah plan untuk pergi ke Pasar Serikin. Pagi2 dah bertolak tapi sampai lambat sebab sesat jalan. Huh walaupun duduk dekat Kuching dah empat tahun tapi kalau bab tunjuk2 jalan nie memang saya amat fail..heheh.Sampai dekat Serikin misi shoping pun bermula. Tapi harga masa pergi hari tu agak mahal daripada biasa maybe dia dah tahu hari tue ramai pelanggan (sebab banyak org luar dtg konvo kot) sebab tue la diorang mark up harga berganda2. Nak mintak tawar pun susah. Dekat Serikin tu sempatla grab beberapa helai kain pasang tuk buat baju. Nak dekat tengah hari kami pun berangkat balik lagipun cuaca dah start dok panas lik2 bak kat orang Penang.


Sampai ke Kuching, kami terus ke Pasar Tamu Satok untuk beli cenderahati tuk bawak balik. Harga cenderahati mcm fridge magnet, keychain etc  dekat sini agak murah berbanding yang dijual dekat dekat waterfront. Lepas borong souvenir kami terus lunch dekat area satok. Lewat petang kami balik ke hotel,malam nya tak ke mana2 cuma duduk relax dibilik hotel sambil prepare iron baju untuk majlis konvokesyen esok.
                                           
                               


Hari Keempat

Hari nie hari yang amat bermakna buat saya. Hari ni dengan rasminya saya akan bergelar seorang graduan. Majlis konvokesyen diadakan pada jam 2 ptg. Tapi jam 9 pg kami dah berangkat untuk sarapan pagi dulu. Sampai dekat Unimas dalam 11.30 pagi. Kebanyakan parking dah penuh dan kami terpaksa park kereta agak jauh dari dewan. Sebelum masuk dewan untuk mendaftar, sempat kami cuci mata di gerai2 jualan bunga di luar dewan. Saya dan para graduan diminta masuk ke dewan awal untuk urusan pendaftaran dan penyusunan tempat duduk dan giliran. Ibu bapa pulak hanya dibenarkan masuk dewan dalam jam 2ptg. Majlis konvokesyen berlangsung sehingga jam 4.30 ptg. Selepas majilis konvo, hujan turun agak lebat jadi tak sempat la nak bergambar banyak. Lepas hujan berhenti,kami sekeluarga bergegas ke Bangunan HEP untuk mengambil gambar keluarga. Para graduan bersama keluarga masing perpusu2 dekat tempat photo studio untuk mengambil gamar bersama keluarga masing2.Kami terpaksa menunggu gilirian dek kerana orng terlalu ramai. Urusan ambik2 gambar ni pun selesai dalam jam 8 mlm.




Selepas habis semua urusan, kami bergegas balik ke Kuching tuk mengisi perut dek kerana perut semua sudah berkerongcong sebab kami cuma sempat makan waktu sarapan pagi tadi. Kami makan dinner di Anuar Stimboat dan  mlm tue kami makan besar konon nak meraikan kejayaan sebab dah selamat bergraduat. Habis makan kami pulang ke hotel dalam kepenatan.

Kuching aku datang ( Hari Pertama Dan Kedua)


HARI PERTAMA

Blog dh berhabuk..cerita pun dah basi, as mention before, saya sekeluarga telah berangkat ke Kuching dari Penang pada 7 November lepas ( tahun lepas kirenye).Flight kami bertolak dari PIA dalam jam 7.00 pagi dan selamat sampai dalam jam 9.00 pagi. Kami pergi hanya bertiga (saya.mama dan abah) ,maklumla tak cukup bajet nk bawak ramai. Setibanya dia KIA, kami menunggu kereta sewa yang telah dibooking sebelum tu pun nasib baik ada kereta. Almaklumla,kereta sewa banyak dah fully booked dek kerana konvo..nie pun last minutes dapat kereta viva. Dapat ja kereta kami terus berangkat untuk check inn hotel.Kami menginap di Premium Stay Hostel dekat Jalan Abell. Hotel nie pun last minutes book dekat booking.com. Walaupun hotel nie nampak biasa2 tp service dia ok dan not bad dan yang penting harga dia affordable.Btw owner dia pun jenis tak lokek if korang nak request(bantal lebih..etc) atau upgrade bilik korang. Lepas check in, kami sempat lunch dekat pasar Satok.Then,kami terus ke UNIMAS tuk setel yuran konvo dan ambik jubah. Nasib baik datang awal dapatla jubah saiz S, kalau tak terpaksala ambik jubah saiz M,L..yang gedabak tue. Sampai petang la jugak dekat kampus sebab nk kena tunggu giliran untuk pinjam jubah. Cuba bayangkan saya nombor 4++, dekat kaunter baru tengah serve giliran nombor 1++. Disebabkan kena tunggu lama, sempatla saya ajak mama dan abah pusing keliling kampus. Habis urusan peminjaman .kami terus pulang ke hotel untuk berehat sebab esok nak kena bangun awal untuk raptai.

HARI KEDUA

Pagi2 lepas breakfast dah pergi balik Unimas untuk untuk raptai. Mama dan Abah just drop off dekat Unimas.Sepanjang sesi raptai dapatla jumpa balik kawan sebatch,sekuliah,sebilik,sekolej etc Raptai habis dalam jam 12.00 tengah hari. Lepas tue, saya ke bangunan fakulti untuk jamuan bersama lec dengan kawan2 sekelas. Kami sekelas kumpul duit sorang sikit untuk jamuan dan dikesempatan tue kami dapat berkumpul balik bersama lec. Maklumla,lepas nie bila lagi nak ada kesempatan untuk berkumpul bersama-sama lagi. Jamuan berakhir habis jam 5 petang. Tapi abah pick up lambat sebab sesat jalan huhu..kesian berpusing cari pintu masuk masuk Unimas. Ingatkan dah ingat jalan sebab dah tunjuk jalan semalam..nasib baik berjaya sampai jugak. Lepas pick up saya, kami sekeluarga pergi dinner dekat area kota samarahan ja. Then, balik ke kuching. Sampai, hotel saya lepas mandi2 tukar baju,saya dah terbongkang tidur sebab penat. Mama dengan Abah lak pergi jalan dekat waterfront. Bila diorang balik saya pun tak sedar huh.

Monday, September 16, 2013

Checklist convocation.

Aku akan konvo pada 9,10,11 november ni tapi tak tahu sidang bila. Jadi banyak perkara yang perlu aku setelkan dan prepare untuk convocation. Jadi dekat bawah aku senaraikan benda yang perlu aku setelkan.

1. Tiket flight pergi balik untuk 3 org ( dh setel)
2. Yuran konvo
3. Isi borang kajian dan print
4. Book hotel
5. Book kereta sewa( dh book)
6. Baju nk pakai hari konvo ( dh ada :) )
7. Kasut baru
8. Apply cuti

Penat tengok list..Banyak duit nak pakai ni nasib baik tiket flight mama sponsor..fuh.

# waiting for those big day harap semuanya akan berjalan lancar amin...