Sunday, May 11, 2014

Kuching aku datang ( Hari Pertama Dan Kedua)


HARI PERTAMA

Blog dh berhabuk..cerita pun dah basi, as mention before, saya sekeluarga telah berangkat ke Kuching dari Penang pada 7 November lepas ( tahun lepas kirenye).Flight kami bertolak dari PIA dalam jam 7.00 pagi dan selamat sampai dalam jam 9.00 pagi. Kami pergi hanya bertiga (saya.mama dan abah) ,maklumla tak cukup bajet nk bawak ramai. Setibanya dia KIA, kami menunggu kereta sewa yang telah dibooking sebelum tu pun nasib baik ada kereta. Almaklumla,kereta sewa banyak dah fully booked dek kerana konvo..nie pun last minutes dapat kereta viva. Dapat ja kereta kami terus berangkat untuk check inn hotel.Kami menginap di Premium Stay Hostel dekat Jalan Abell. Hotel nie pun last minutes book dekat booking.com. Walaupun hotel nie nampak biasa2 tp service dia ok dan not bad dan yang penting harga dia affordable.Btw owner dia pun jenis tak lokek if korang nak request(bantal lebih..etc) atau upgrade bilik korang. Lepas check in, kami sempat lunch dekat pasar Satok.Then,kami terus ke UNIMAS tuk setel yuran konvo dan ambik jubah. Nasib baik datang awal dapatla jubah saiz S, kalau tak terpaksala ambik jubah saiz M,L..yang gedabak tue. Sampai petang la jugak dekat kampus sebab nk kena tunggu giliran untuk pinjam jubah. Cuba bayangkan saya nombor 4++, dekat kaunter baru tengah serve giliran nombor 1++. Disebabkan kena tunggu lama, sempatla saya ajak mama dan abah pusing keliling kampus. Habis urusan peminjaman .kami terus pulang ke hotel untuk berehat sebab esok nak kena bangun awal untuk raptai.

HARI KEDUA

Pagi2 lepas breakfast dah pergi balik Unimas untuk untuk raptai. Mama dan Abah just drop off dekat Unimas.Sepanjang sesi raptai dapatla jumpa balik kawan sebatch,sekuliah,sebilik,sekolej etc Raptai habis dalam jam 12.00 tengah hari. Lepas tue, saya ke bangunan fakulti untuk jamuan bersama lec dengan kawan2 sekelas. Kami sekelas kumpul duit sorang sikit untuk jamuan dan dikesempatan tue kami dapat berkumpul balik bersama lec. Maklumla,lepas nie bila lagi nak ada kesempatan untuk berkumpul bersama-sama lagi. Jamuan berakhir habis jam 5 petang. Tapi abah pick up lambat sebab sesat jalan huhu..kesian berpusing cari pintu masuk masuk Unimas. Ingatkan dah ingat jalan sebab dah tunjuk jalan semalam..nasib baik berjaya sampai jugak. Lepas pick up saya, kami sekeluarga pergi dinner dekat area kota samarahan ja. Then, balik ke kuching. Sampai, hotel saya lepas mandi2 tukar baju,saya dah terbongkang tidur sebab penat. Mama dengan Abah lak pergi jalan dekat waterfront. Bila diorang balik saya pun tak sedar huh.

No comments:

Post a Comment