Saturday, April 30, 2016

Cik Noor dan diet atkinnya

Start buat diet atkin dalam penghujung bulan Februari. Tapi kami tak buat 100% ikut rule dia hehee. Seminggu sekali ada la cheat day (mostly hari sabtu) tapi nasi memang kami tak sentuh langsung.
Senarai benda yang kami dah makan time cheat day..setakat nie..selain benda yang senarai kat bawah memang kami makan makanan yang halal atkin saja.

1)bihun/koay teow tomyam
2) Bakso
3) Nescafe 0 ais, Nescafe ais, Sirap limau
4) Burger king
4) Kek secret recipie
5) Mee goreng sotong hameed pata (taip sambil meleleh ayaq lioq hehehe..ni makan sekali saja..awak saia tak kuad))
6) Koay teow hailam/kung fu
7) Bihun sup
8) Chicken Chop


Ni kami punya weight monitor spreadsheet. Tengok dah 69 hari tak sentuh nasi..hehehe.
Start turun banyak lepas tu cuma turun purata 1 kg seminggu.Ada 13 kg lagi untuk capai berat target.



Breakfast selalu ambik telur ayam kalau lunch ngan dinner ambik ayam @ikan@daging ngan sayoq sikit.
Untuk boost metabolisma kami minum green tea (BOH @lipton@ Dilmah) dan untuk elak sembelit minum kinohimitsu detox tea yang perisa peppermint.
Supplement macam multivitamin (provite) ada ambik gak untuk tambah vitamin dalam badan.
Workout sikit2 ikut mood hehehe..buat dalam rumah ja ikut video kat youtube. Mostly video dari channel fitness blender. Berpeluh2 baq hang.
Puasa kalau tak period seminggu sehari..sambil ganti puasa hehehe..
Untuk menaikkan lagi semangat nak diet..kami join group diet atkin dekat fb. Kat situ boleh tengok post orang yang dah berjaya kurus pakai diet atkin. Boleh jadikan sumber inspirasi.


Result dia memang memberangsangkan. Boleh dah pakai baju lama2.
La ni BMI dah normal. Pau kat pipi ada kecut sikit.
Tapi berat yang kami target masih tak dapat lagi..sebab ada cheat kot hehehe.
Target 50 kg. before hari raya nie..Cik Noor nak pakai kebaya raya nie..
Chaiyok2 Cik Noor akan teruskan perjuangan ni.


Cik Noor Time Bam-Bam,,yang pakai biru hujung sekali

Pipi pau dah tak dak..


Nak kurus..nak kurus..sambil tokak brokoli..k ..bye.

No comments:

Post a Comment