Sunday, May 11, 2014

Kuching Aku Datang ( Hari Kelima dan Keenam)

Hari Kelima

Hari nie hari terakhir aku datang UNIMAS lepas nie tak tau la bila lagi nak menjejakan kaki dekat UNIMAS. Pagi2 kami bertolak ke UNIMAS untuk menghantar balik jubah. Tapi macam biasa la dek kerana menunggu giliran untuk hantar jubah dengan sijil yang lama mcm yang dialami waktu nk pinjam jubah hari tue. Sempat la juga kami tiga beranak berphotoshoot seround dua sekitar kawasan unimas sambil jalan dekat tasik UNIMAS.





Habis hantar jubah,kami terus berangkat ke Jong Crocodile farm yang terletak di Serian. Lagipun jarak tempat tersebut tak lah jauh dari UNIMAS( kota samarahan). Jadi cepat juga la kami sampai. Teruja mama dengan abah kat dalam tu dapat tengok mcm2 jenis buaya dan haiwan lain.










 Habis sesi melawat ke taman buaya kami bergegas balik ke Satok untuk membeli Terubuk masin untuk dibawa pulang sebelum pulang ke hotel.Malamnya kami memborong kek lapis Dyg Salhah dan makan makam dekat Restoren Barok di seberang sungai. Sebelum pulang, ke hotel kami mengambil kesempatan berjalan2 sekitar waterfront sambil bergambar untuk kenangan dan menikmati malam terakhir kami di Bumi Kenyalang ini.







Hari Keenam( Last Day)

Flight kami akan berlepas jam 9.00 pagi. Jam 7.30 pagi dah check out dari hotel. Kami hanya breakfast di airport. Selesai urusan penyerahan kereta sewa terus bergegar untuk boarding dalam jam 8.30 pagi. Kami selamat sampai Penang jam 11.00 pagi. Percutian enam hari kami di Kuching amat memorable tapi agak terkilan kerana kami tak sempat pergi melawat banyak lagi tempat menarik dekat Kuching. Banyak masa kami dihabiskan berulang alik ke UNIMAS untuk majlis konvokesyen. Tapi insyaallah kalau ada kesempatan di lain kali bolah la saya dan family datang lagi ke Kuching dan cover tempat2 yang tak sempat kami melawat hari tue..

No comments:

Post a Comment