Sunday, May 11, 2014

Kuching aku datang ( Hari Ketiga Dan Keempat)

Hari Ketiga

Saya berkonvo pada sidang terakhir iaitu pada esok hari. Jadi hari Sabtu kami sekeluarga dah plan untuk pergi ke Pasar Serikin. Pagi2 dah bertolak tapi sampai lambat sebab sesat jalan. Huh walaupun duduk dekat Kuching dah empat tahun tapi kalau bab tunjuk2 jalan nie memang saya amat fail..heheh.Sampai dekat Serikin misi shoping pun bermula. Tapi harga masa pergi hari tu agak mahal daripada biasa maybe dia dah tahu hari tue ramai pelanggan (sebab banyak org luar dtg konvo kot) sebab tue la diorang mark up harga berganda2. Nak mintak tawar pun susah. Dekat Serikin tu sempatla grab beberapa helai kain pasang tuk buat baju. Nak dekat tengah hari kami pun berangkat balik lagipun cuaca dah start dok panas lik2 bak kat orang Penang.


Sampai ke Kuching, kami terus ke Pasar Tamu Satok untuk beli cenderahati tuk bawak balik. Harga cenderahati mcm fridge magnet, keychain etc  dekat sini agak murah berbanding yang dijual dekat dekat waterfront. Lepas borong souvenir kami terus lunch dekat area satok. Lewat petang kami balik ke hotel,malam nya tak ke mana2 cuma duduk relax dibilik hotel sambil prepare iron baju untuk majlis konvokesyen esok.
                                           
                               


Hari Keempat

Hari nie hari yang amat bermakna buat saya. Hari ni dengan rasminya saya akan bergelar seorang graduan. Majlis konvokesyen diadakan pada jam 2 ptg. Tapi jam 9 pg kami dah berangkat untuk sarapan pagi dulu. Sampai dekat Unimas dalam 11.30 pagi. Kebanyakan parking dah penuh dan kami terpaksa park kereta agak jauh dari dewan. Sebelum masuk dewan untuk mendaftar, sempat kami cuci mata di gerai2 jualan bunga di luar dewan. Saya dan para graduan diminta masuk ke dewan awal untuk urusan pendaftaran dan penyusunan tempat duduk dan giliran. Ibu bapa pulak hanya dibenarkan masuk dewan dalam jam 2ptg. Majlis konvokesyen berlangsung sehingga jam 4.30 ptg. Selepas majilis konvo, hujan turun agak lebat jadi tak sempat la nak bergambar banyak. Lepas hujan berhenti,kami sekeluarga bergegas ke Bangunan HEP untuk mengambil gambar keluarga. Para graduan bersama keluarga masing perpusu2 dekat tempat photo studio untuk mengambil gamar bersama keluarga masing2.Kami terpaksa menunggu gilirian dek kerana orng terlalu ramai. Urusan ambik2 gambar ni pun selesai dalam jam 8 mlm.




Selepas habis semua urusan, kami bergegas balik ke Kuching tuk mengisi perut dek kerana perut semua sudah berkerongcong sebab kami cuma sempat makan waktu sarapan pagi tadi. Kami makan dinner di Anuar Stimboat dan  mlm tue kami makan besar konon nak meraikan kejayaan sebab dah selamat bergraduat. Habis makan kami pulang ke hotel dalam kepenatan.

No comments:

Post a Comment